Bahan-bahan
3 biji telur - dari peti sejuk
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150gm susu segar
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovallete
1 sudu paste strawberry
Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)
Pewarna
Cara-cara
Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.
Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
Picitkan blueberry filling secukupnya.
Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.
Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit.
NOTE
=Jangan buka api besar semasa mengukus. Guna api sederhana je yer! Kalau tak nanti pecah aka kembang mekar setaman! jadi ler kang apam mekar!
Buh esen vanila utk mengurangkan bau telur.
=***Satu lagi kena balut tutup kukusan.
=Buat 2 adunan, dpt dlm 84 biji...
Thursday, April 5, 2012
Sunday, January 23, 2011
Petua Memasak Pulut Kuning
1. Rendamkan pulut semalaman agar elok kembangnya.
2. Campurkan beberapa keping asam gelugur atau air kelapa, agar pulut kelihatan berkilat setelah
dimasak.
3. Untuk mengelak pulut cepat basi, perah santan menggunakan air suam. Kemudian panaskan santan
dengan garam. Tetapi jangan sampai mendidih.
4. Didih kukusan terlebih dahulu.
5.Untuk mendapatkan pulut yang wangi, siat-siatkan daun pandan sebelum tanak atau mengukus.
6. Gaulkan santan dengan pulut ketika pulut masih panas, agar tidak melekat.
Wednesday, January 5, 2011
PUDING CARAMEL
Bahan-Bahan:-
10 Biji Telor
¾ Tin Susu Pekat Manis
¾ Tin Air * Guna Tin Susu Pekat Manis
1 Cawan Gula Pasir
1 Cawan Air Panas
- Sedikit Esen Vanila
Cara Menyediakannya:-
Panaskan Gula Pasir Dengan Api Perlahan Sehingga Gula Cair. Kemudian Masukkan Air Panas Dah Larut Semua Tuangkan Dalam Loyang Pengukus. Sejukkan.
Kisar Telor, Susu, Air Dan Esen Vanila Kemuian Curah Perlahan Ke Dalam Loyang Yang Berisi Caramel. Panaskan Kukus Terlebih Dahulu Kemudian Kukus Selama 20 Minit Atau Tak Melekat Lagi Kira Dah Masaklah Tu!
10 Biji Telor
¾ Tin Susu Pekat Manis
¾ Tin Air * Guna Tin Susu Pekat Manis
1 Cawan Gula Pasir
1 Cawan Air Panas
- Sedikit Esen Vanila
Cara Menyediakannya:-
Panaskan Gula Pasir Dengan Api Perlahan Sehingga Gula Cair. Kemudian Masukkan Air Panas Dah Larut Semua Tuangkan Dalam Loyang Pengukus. Sejukkan.
Kisar Telor, Susu, Air Dan Esen Vanila Kemuian Curah Perlahan Ke Dalam Loyang Yang Berisi Caramel. Panaskan Kukus Terlebih Dahulu Kemudian Kukus Selama 20 Minit Atau Tak Melekat Lagi Kira Dah Masaklah Tu!
Sunday, August 15, 2010
HOME
CT SWEET DE'COOKIES adalah PEMBEKAL dan PENGEDAR Tart Unik & Kuih Arab Unik Bentuk Buahan &Sayuran.
Tart Unik & Kuih Arab Unik Bentuk Buahan & Sayuran ini adalah merupakan produk ‘homemade’ dimana ia menggunakan bahan mentah yang halal dan pewarna yang dibenarkan. Ia amat sedap untuk dijadikan snek seperti biskut-biskut yang lain.
Di dalam tart unik, ia diisi dengan inti nenas dan durian/kurma* yang sangat berkualiti dalam sukatan yang amat mencukupi untuk membuatkan ia betul-betul dirasai sebagai tart nenas / durian/kurma* dan bukan seperti kebanyakan tart atau biskut berinti yang hanya mempunyai inti yang sedikit yang tidak dapat dinikmati sepenuhnya.
Tart Unik & Kuih Arab Unik ini amat sesuai dijadikan sebagai hantaran perkahwinan, hantaran pertunangan, hamper untuk semua jenis perayaan, hadiah, cenderahati atau pun sebagai door-gift untuk diberikan kepada para tetamu sebagai tanda terima kasih yang pastinya amat UNIK & memberi satu KELAINAN.
Ia boleh didapati dalam pelbagai bentuk sayuran dan buahan yang menarik seperti bentuk terung, carrot, labu, cili, jagung muda, mangga, manggis, oren, strawberi, ciku, epal dan jambu air.
Anda juga mempunyai hak untuk menentukan samaada anda mahukan Tart Unik & Kuih Arab Unik ini dicampur dengan pelbagai bentuk buahan & sayuran atau 1 jenis bentuk sahaja. Yang pasti, ianya terpulang kepada permintaan anda.
Kami juga menerima tempahan pelbagai jenis kek....kek gula hangus..
kek carrot... kek coklat moist... bahulu lapis dan lain2....
Subscribe to:
Posts (Atom)